Type something and hit enter

ads here
author photo
By On
advertise here
Assalamualaikum dan salam sejahtera. WiFi adalah sesuatu untuk dikongsi kepada orang ramai oleh kerana ketiadaan kuota dan kelajuan yang menakjubkan. Tetapi sesetengah pemilik WiFi ini tidak menyukai rakan atau pelanggan mereka menggunakan nya terlalu berlebihan seperti memuat turun wayang ataupun menggunakan WiFi terlalu lama.

Disini saya akan mengajar anda cara untuk menggunakan membuang pengguna lain dari rangkaian WiFi anda secara mudah dan selamat.

Apa yang perlu ada?
  1. Sebiji komputer (ataupun laptop),
  2. Perisian NetCut.

Langkah-langkah:

1. Memuatnaik dan memasang perisian NetCut

Pertama sekali anda perlu memuat naik perisian NetCut disini

Ataupun ikuti gambar di bawah:

Pergi ke Google.com dan cari "NetCut"

Klik "Download netcut"

Klik seperti yang ditekankan diatas (Tidak semestinya mengikut nombor yang sama)

Tetingkap "Setup - NetCut" akan keluar, seterusnya klik "Next >"

Next..

Next..

Next..

Seterusnya NetCut akan siap dipasang sebentar sahaja lagi

Seterusnya.. Tetingkap WinPcap akan keluar.. Klik "Next >"

Next..

I Agree..

Install..

Finish..

Seterusnya lagi.. NetCut akan bertanya sama ada anda mahu me-restart komputer anda ataupun tidak. Sila pilih antara dua..

 2. Menggunakan NetCut

Akhirnya tetingkap NetCut akan keluar secara automatik (jika tidak sila klik ke desktop dan buka NetCut).

Senarai pengguna WiFi anda akan keluar di sini dan anda boleh memilih salah satu pengguna dan klik butang "Cut off"

Selepas itu pengguna tanpa sedar telah di kick dari wifi anda.. Walaupun jika dilihat dari laptop/peranti rakan anda masih menyambung ke rangkaian WiFi anda tetapi ianya sebenarnya tidak boleh melayari mana-mana laman web walaupun banyak kali dicuba. Ini boleh dihindari dengan memulakan semula peranti/komputer mereka (tidak semua peranti/laptop boleh melakukannya).

Terima kasih kerana membaca tutorial pertama saya, jika ada apa-apa soalan dan cadangan boleh dikemukakan di ruangan komen di bawah.

2 comments

avatar

terbaik tutorial nie.. tp masih boleh lepas jika guna netcut defender. kalau baca dkt website tu le, dia ada sediakan juga netcut defender.

wifi akak selalu kena guna, lampu dia menyala kelip-kelip sedangkan semua handphone laptop tab tak connect pun wifi tu..ada cara lain tak nak kick org dari rangkaian wifi?

avatar

Terima kasih kerana membaca tutorial saya :)

Memang betul dorang ada sediakan NetCut defender, tetapi itu akan dipos pada masa akan datang.

Rasanya tiada software lain yang saya percaya boleh lakukan seperti NetCut. Tapi saya pernah nampak kawan buat sesuatu kat modem wifi dia.. Hanya dia saja boleh connect walaupun saya tahu password wifi kawan saya tu.

Bab tu belum saya betul2 pelajari lagi. Akan try teknik tu pada masa akan datang :D

Click to comment